Kewangan IKS untuk Pensijilan Halal: 4 Sebab Sertai Bengkel BizHalal

Kewangan IKS untuk Pensijilan Halal: 4 Sebab Sertai Bengkel BizHalal

Ramai usahawan mikro hanya terus berniaga di pasar malam, bazar atau jualan kecil-kecilan online. Kadang-kadang mereka ada produk yang bagus, dan disukai pelanggan, tapi ada halangan apabila mahu tembus pasaran lebih besar seperti retail, hypermarket, tender kerajaan atau eksport.

Kenapa? Kerana tiada sijil Halal.

Realitinya, tanpa sijil Halal:

  • Produk sukar diterima pengedar & retailer besar.
  • Peluang masuk pasar raya moden jadi terlepas.
  • Perniagaan kekal mikro dan gagal “breakthrough” ke tahap kecil & sederhana.

Inilah sebab sijil Halal bukan sekadar dokumen — ia adalah “tiket masuk” untuk anda naik kelas dalam dunia perniagaan.

📍Lokasi:
Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah

📅Tarikh |Masa:
28 October 2025 | 10.00AM – 2.00PM

Bengkel BizHalal: Solusi Untuk Usahawan IKS

Bengkel BizHalal direka khas untuk bantu usahawan IKS urus kewangan dengan lebih baik supaya pensijilan Halal menjadi pelaburan yang menguntungkan, bukan beban.

Berikut 4 sebab kenapa anda mesti hadir:

1. Panduan Komprehensif untuk Pensijilan Halal

📌 Lihat kes studi sebenar bagaimana BizHalal membantu perniagaan lain lulus pensijilan:

  • Perjalanan mereka dari awal hingga lulus pensijilan
  • Masalah yang dihadapi & bagaimana ia diselesaikan
  • Tip praktikal untuk mempercepatkan proses anda sendiri

2. Strategi Kewangan untuk Hadapi Cabaran

Belajar bagaimana perniagaan boleh mengenalpasti peluang dan ancaman kewangan:

  • Menyediakan bajet khas untuk pensijilan
  • Menangani cabaran modal & cash flow
  • Menggunakan transaksi tanpa tunai untuk operasi lebih lancar

3. Klinik Kewangan One-to-One dengan Banker

Peserta berpeluang bercakap terus dengan pakar kewangan & banker mengenai isu spesifik:

  • Cara memanfaatkan product dan fasiliti perbankan patuh syariah
  • Strategi untuk kukuhkan aliran tunai
  • Jawapan peribadi untuk situasi kewangan anda

4. Program Business Matching

Luaskan pasaran produk anda melalui pertemuan dengan pengedar kedai runcit yang mencari produk baharu. Ini membantu anda bukan sekadar lulus pensijilan, tetapi meningkatkan jualan selepas itu.

Peluang Emas Untuk Usahawan Utara

Program seperti ini jarang diadakan di luar KL.
Kali ini, Bengkel BizHalal akan berlangsung di Kedah, khas untuk usahawan:

  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perlis
  • Perak

👉 Jika anda serius mahu beralih dari mikro ke SME, masuk retail, dan meluaskan pasaran, jangan lepaskan peluang ini.

Daftar segera – tempat adalah terhad!

HIP Connect!

Adakah anda telah berdaftar dengan Halal Integrated Platform? Kalau belum, jom join webinar HIP Connect! dan kami akan terangkan kebaikan membuka akaun di platform ini. Kami juga akan tunjukkan cara mudah untuk mencipta akaun anda di HIP. Jangan lengah lagi, daftar di sini

Tengok Galeri Gambar Program BizHalal Di Bangi pada Julai 2025: