Program Fasilitasi Halal e-ReHal oleh HDC

Apakah itu Program e-ReHal?

e-ReHal ialah inisiatif Halal Development Corporation Berhad (HDC) untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam proses mendapatkan pensijilan halal Malaysia. Melalui pendekatan digital dan latihan profesional, e-ReHal menyediakan:

  • Latihan dan khidmat nasihat oleh Pegawai Pembimbing Halal (PPH)
  • Penilaian readiness syarikat secara menyeluruh
  • Bantuan dokumentasi dan prosedur halal
  • Sokongan permohonan pensijilan Halal JAKIM

Siapa Yang Layak?

Program ini terbuka kepada:

  • Perniagaan Mikro, Kecil, & Sederhana
  • Jualan tahunan di bawah RM50 juta
  • Terlibat dalam industri: Makanan & Minuman, OEM, Logistik, Kosmetik, Farmaseutikal, Produk Barang Gunaan

Kelebihan Program e-ReHal

  • Bimbingan Profesional: Dipandu oleh PPH berpengalaman
  • Penilaian Menyeluruh: Termasuk premis, operasi dan dokumentasi
  • Dibiayai Penuh: Kos bimbingan ditanggung sepenuhnya oleh HDC

e‑ReHal adalah Panduan Halal Anda — satu platform menyeluruh yang membimbing PMKS dalam menyediakan dokumen dan operasi perniagaan patuh syariah. Dengan kos minimum, sokongan penuh HDC, serta akses ke sistem digital interaktif, anda kini boleh menjadikan pensijilan halal satu realiti.

💡 “Langkah kecil RM50 hari ini membuka pintu pasaran halal global anda esok.”


Hubungi Kami

Untuk Pertanyaan Lanjut

Muhammad Nawaf Azimi
📧[email protected] 📞013-6104687

Shaidatul Shida Waludin
📧[email protected] 📞013-2810511


Galeri