Anda Bayar RM100, Anda dapat hadiri program bimbingan training halal, kelas strategi untuk pasaran runcit, dan padanan perniagaan dengan pasaraya. Jika anda dah ada produk agromakanan. Daftar Sekarang! 100 agropreneur akan dipilih untuk dapatkan:
0️⃣1️⃣Latihan Halal Fundamental for Industry (HIF) Bernilai RM600
Kursus ini penting untuk individu, organisasi dan semua pihak yang terlibat dalam industri halal. Ia memberi pemahaman menyeluruh tentang konsep halal serta pendekatan yang perlu diambil oleh pemain industri bagi memastikan produk yang dihasilkan bukan sahaja halal, tetapi juga thoyyib; iaitu bersih, selamat dan berkualiti.

0️⃣2️⃣Malaysian Halal Certificate (MHC) Bernilai RM600
Modul Pensijilan Halal Malaysia (MHC) direka khas untuk membantu pemilik perniagaan memahami dan bersedia memohon pensijilan halal selepas menguasai asas konsep halal. Modul ini merangkumi keperluan dan syarat pensijilan, Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS), penggunaan MyeHALAL serta undang-undang berkaitan halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
0️⃣3️⃣Halal Integrated Platform (HIP) Bernilai RM500
Akaun HIP Plus ialah profil perniagaan premium di dalam Halal Integrated Platform (HIP) yang direka khas untuk meningkatkan capaian syarikat dalam ekosistem halal. Melalui HIP Plus, syarikat dihubungkan dengan pembeli, peruncit dan rakan strategik.
0️⃣4️⃣Bengkel Latihan Halal Integrated Platform (HIP) Bernilai RM600
Anda akan di ajar bagaimana untuk melengkapkan profile syarikat anda di dalam platform dan cara-cara untuk menggunakan platform ini untuk mencari pasaran baru.
0️⃣5️⃣Halal Accelerator Tools (HART) Bernilai RM1500
Satu alat penilaian perniagaan yang membantu mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam sesebuah syarikat bagi mengembangkan keupayaan semasa mereka untuk meningkatkan jualan produk di pasaran Halal.
0️⃣6️⃣Webinar Eksklusif: Strategi Kemasukan Produk ke Pasaran Runcit. Bernilai RM2500
Peserta akan mengikuti sesi webinar yang memberi pendedahan tentang strategi penting untuk memasukkan produk ke pasaran runcit. Webinar ini akan membimbing usahawan memahami apa yang dicari oleh pembeli pasaraya serta langkah praktikal untuk meningkatkan peluang penyenaraian produk mereka di kedai fizikal.
0️⃣7️⃣Kempen Digital Bernilai RM20,000.
Melalui program ini, link atas talian perniagaan anda akan dipromosikan secara eksklusif melalui Google Ads oleh Halal Integrated Platform (HIP), dengan nilai kempen mencecah RM20,000 membuka peluang kepada lebih ramai pelanggan, trafik digital, dan potensi jualan yang lebih besar.
0️⃣8️⃣Katalog Digital HIP Bernilai RM1,500
Penyertaan program ini melayakkan syarikat anda disenaraikan dalam Katalog Digital Halal Integrated Platform (HIP). Satu direktori premium yang meningkatkan kebolehlihatan, kredibiliti, dan akses pasaran anda dalam ekosistem Halal.
0️⃣9️⃣Program Pemadanan Perniagaan melalui Halal Navigator (HaNa) Bernilai RM500
Melalui platform Halal Navigator (HaNa), anda akan berpeluang menyertai sesi padanan perniagaan secara digital, di mana anda boleh memperkenalkan produk anda secara langsung kepada pembeli pasaraya, pengedar dan rakan strategik dalam industri halal.**
1️⃣0️⃣Dua sesi Pemadanan Perniagaan bersama Pembeli
Melalui program ini, anda berpeluang mendapat 2 slot eksklusif untuk sesi pemadanan perniagaan digital bersama pembeli pasaraya sebenar. Anda boleh memperkenalkan produk secara langsung kepada pembeli, pengedar dan rakan strategik dalam industri halal.**

Fasa Perlaksanaan Program

1️⃣ Fasa 1: Pendaftaran & Saringan (1 bulan)
Calon yang mendaftar akan melalui proses saringan. Seramai 100 usahawan akan dipilih untuk menyertai sesi taklimat komitmen program.
2️⃣ Fasa 2: Latihan & Persediaan Pasaran (1 bulan)
Usahawan akan menghadiri program bimbingan dan webinar:
- Kelas Latihan Halal Fundamental for Industry
- Kelas Latihan Malaysia Halal Certificate
- Bengkel HIP & Halal Navigator
- Webinar Eksklusif: Strategi Kemasukan Produk ke Pasaran Runcit.
3️⃣ Fasa 3: Promosi, Padanan Perniagaan & Pemantauan (5 bulan)
- Kempen digital marketing melalui HIP
- Penyenaraian dalam Katalog Digital HIP
- Pitching bersama pembeli pasaraya Pemantauan jualan selama 5 bulan

Pengeluaran Produk Agromakanan Berproses
- Produk yang dihasilkan mestilah termasuk dalam kategori agromakanan berproses dan layak untuk memohon pensijilan Halal Malaysia.
Pendaftaran Perniagaan yang Sah
- Pemohon mestilah mempunyai pendaftaran perniagaan yang sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kehadiran Platform Dalam Talian dan Media Sosial
- Pemohon perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) kedai atas talian seperti Shopee atau Lazada dll, serta aktif di platform media sosial (seperti Facebook, Instagram, atau TikTok) bagi tujuan pemasaran produk.

Cara Pendaftaran
1️⃣Isi Borang Penyertaan Dalam Talian:
- Isi maklumat asas anda secara online dan muat naik dokumen penting yang diperlukan untuk saringan.
2️⃣Saringan Peserta:
- 100 peserta akan dipilih berdasarkan syarat penyertaan.
3️⃣Bayar Yuran Komitmen RM100:
- Jika anda dipilih, anda perlu membuat pembayaran untuk menyertai program ini dan akan dijemput untuk sesi briefing online
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung program ini, sila hubungi:
Emel: [email protected] | WhatsApp (Pertanyaan Sahaja): 011-37730594
Waktu Operasi WhatsApp: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah satu dari 100 syarikat yang layak dari seluruh negara. Daftar sekarang!
** Bergantung kepada terma & syarat