Objektif Pertandingan
- Membantu menaikkan visibility jenama dan produk usahawan tempatan.
- Membantu mempertingkatkan jualan usahawan tempatan.
- Menyokong perkembangan usahawan tempatan dan dalam masa yang sama menaikkan industri halal bersama-sama.
Cara Menyertai & Menghasilkan Kandungan Pertandingan #HalalReelsDeal
Langkah 1: Kenali Usahawan Halal Homegrown Pilihan Anda!
Cari produk dan servis daripada 50 usahawan Halal Homegrown kita. Kalau anda perlukan produk untuk buat content, boleh dapatkan di kedai rasmi mereka dipautan dibawah:
🔗 https://hip.hdcglobal.com/halal-homegrown-startup/
Langkah 2: Membuat Konten secara Kreatif dan Menarik
Rakam atau hasilkan video kreatif untuk menyokong jenama pilihan anda. Ini antara idea konsep dan contoh inspirasi yang boleh anda cuba:
Trend POV (Point of View): Bawa penonton masuk ke dalam situasi harian yang relatable.
Contoh: TikTok @kaasturibycaramela 🔗https://www.tiktok.com/@kaasturibycaramela/video/7486484524474453256?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Sembang Santai / Unfiltered Review: Ulasan jujur, ujian kualiti, atau reaksi kali pertama rasa/guna produk.
Contoh: TikTok @nutriog.com
🔗https://www.tiktok.com/@nutriog.com/video/7598423629352717589?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Unboxing Produk: Tunjuk sesi unboxing dan perincian bungkusan produk dengan cara menarik.
Contoh: TikTok @anasbabyfood 🔗https://www.tiktok.com/@anasbabyfood/video/7413587428381887752?is_from_webapp=1&sender_device=pc
GRWM & Transisi OOTD: Video bersiap, storytelling, atau pertukaran gaya fesyen.
Contoh: TikTok @numa.my 🔗https://www.tiktok.com/@numa.my/video/7650116441567415572?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Resipi Estetik & ASMR: Fokus pada cara memasak yang sedap dipandang atau bunyi penyediaan makanan (ASMR).
Contoh: Instagram Reels @hip.global
🔗 https://www.instagram.com/reel/DINiit5zHGs/?igsi=MXE4ZG11aTQ3d3p1Mw==
Mini montage / Vlog / Pengalaman: Rutin harian (a day in my life), gaya hidup, atau aktiviti menarik bersama produk.
Contoh: YouTube Azuki Tour & Malaysia Truly Asia
🔗 https://youtu.be/cFEztHFeU8o?si=dTqQZfVdqu8erguf
Life Hacks & Tips Unik: Kongsi cara kreatif, alternatif, atau trik berguna semasa gunakan produk.
Contoh: TikTok @manfookchiliessauces
🔗https://www.tiktok.com/@manfooksauces/video/7517967029324860680?
Sketsa Komedi: Lakonan santai, kelakar, dan dekat di hati penonton.
Contoh: YouTube Shorts Teego HQ
🔗 https://youtube.com/shorts/11eU7ucYTpQ?si=OiN51-LRaGsw3w_V
Kreativiti Visual: Susun atur produk (flatlay), hantaran gambar berinformasi (Carousel), atau poster grafik yang cantik.
Contoh: Instagram Billo Malaysia
🔗 https://www.instagram.com/p/DbnPljmRFDF/?igsi=MTg1NWMxdWg1NWcweA==
Langkah 4: Muat Naik Kandungan Terbaik Anda & Tag Kami!
- Post video/kandungan anda di Instagram ATAU TikTok.
- Pastikan akaun media sosial anda ditetapkan kepada mod Public.
- WAJIB tag akaun rasmi @hip.global dan akaun produk/jenama yang anda gunakan.
- Jangan lupa masukkan tanda pagar rasmi: #HalalReelsDeal dan #JanganJudgeDulu.
💡 Nota Format: Format penyertaan adalah bebas. Anda boleh post Video Pendek (Reels / TikTok) ataupun Gambar Carousel di media sosial anda.
Kriteria Kandungan & Syarat “Positive Vibes”
Konten mestilah berunsur positif, menyokong peniaga tempatan, dan menjaga batas adab serta sensitiviti masyarakat.
Larangan Keras: Taktik tular negatif atau negative marketing dilarang sama sekali. Ini termasuk:
- Berkelakuan tidak sopan (seperti membazir, membaling, atau memijak makanan/produk).
- Penggunaan kata-kata kesat, mencarut, atau memaki.
- Kandungan yang sengaja berniat menjatuhkan nama baik produk atau peniaga.
- Mana-mana video yang melanggar syarat ini akan dibatalkan penyertaan serta-merta.
Penentuan Juara Mingguan
- Pemenang Mingguan: 6 pemenang akan dipilih setiap minggu sepanjang Pertandingan berjalan.
- Tempoh Sah: Hanya kandungan yang dimuat naik dalam minggu penilaian semasa sahaja akan diambilkira.
- Kriteria Menang: Pemenang dipilih 100% berdasarkan jumlah Likes tertinggi yang diterima pada posting anda sebelum waktu tutup mingguan.
- Hadiah : Setiap 6 pemenang terpilih akan memenangi Touch and Go Credit e-Wallet berjumlah RM100.00.
📌 Peringatan Pemenang:
Jika pemenang gagal memberi maklum balas dalam tempoh 48 jam selepas dihubungi, kemenangan tersebut akan terbatal dan pihak penganjur berhak memilih pemenang baharu sebagai pengganti.
Jadual Mingguan & Senarai Jenama Halal Homegrown
Hak Cipta, Penggunaan Kandungan & Hak Penganjur
Dengan menyertai Pertandingan ini, peserta secara automatik memberikan kebenaran penuh kepada pihak penganjur untuk memuat turun, menyunting (termasuk memotong/split video), mengubah suai, serta menyiarkan semula kandungan tersebut di platform media sosial rasmi atau dijadikan bahan promosi Pertandingan tanpa sebarang bayaran royalti. Selain itu, pihak penganjur juga berhak meminda sebarang Terma & Syarat pada bila-bila masa tanpa notis awal.

