Adakah syarikat anda sedang mencari Profesional Halal dan Intern yang bertauliah dan sedia industri?
Dalam pasaran yang kompetitif, pematuhan syariah adalah tunjang utama kepercayaan pelanggan. Namun begitu, ramai majikan menghadapi kesukaran mencari tenaga kerja yang mahir dalam selok-belok pensijilan.
Oleh itu, Halal Development Corporation (HDC) melancarkan program pencarian bakat Halal. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu syarikat dalam industri Halal merekrut bakat Profesional Halal dan Pelatih Industri (Intern) yang menepati permintaan. Jika anda masih mencari bakat-bakat ini, hantarkan maklumat di borang dibawah.
Kelebihan Menyertai program ini:
Pengambilan program bakat Halal merupakan satu langkah strategik untuk jangka masa panjang.
Berikut adalah manfaat yang bakal anda perolehi:
- Calon Sedia Bekerja: Anda akan mendapat akses terus kepada Profesional Halal dan Intern yang kompeten. Mereka dilatih khusus dalam aspek Syariah, audit, dan dokumentasi melalui silibus bakat Halal yang komprehensif.
- Efisiensi Kos Rekrutmen: Kami telah memudahkan urusan anda dengan melakukan proses pelantikan.
- Kualiti Terjamin: Setiap calon akan disaring bagi menjamin disiplin dan integriti yang tinggi. Seterusnya, kualiti mereka dipastikan selaras dengan piawaian industri masa kini.
Daftar segera untuk kami bantu perkukuhkan pasukan Halal organisasi anda dengan bakat yang berintegriti!

