Cara Daftar TikTok Affiliate & Jana Pendapatan dengan #BUATDUITTEPI

Bayangkan anda boleh buat duit tepi hanya dengan kongsi video di TikTok sambil membantu mempromosikan produk agro buatan tempatan. Inilah peluang keemasan melalui Kempen #BuatDuitTepi sebuah inisiatif di bawah Agromarketing Masterclass anjuran FAMA & HDC.

Apa Itu TikTok Affiliate? 

TikTok Affiliate ialah program rasmi TikTok Shop yang membolehkan anda mempromosikan produk di TikTok dari pelbagai penjual (termasuk usahawan FAMA) melalui video atau siaran langsung di TikTok. 

Setiap kali ada pembelian melalui link affiliate anda, anda akan menerima komisen biasanya antara 1% hingga 20% bergantung kepada produk. 

Dengan kata lain: 

  • Anda tak perlu simpan stok
  • Anda tak perlu pos barang
  • Anda hanya perlu buat konten kreatif di Tiktok

Syarat Menjadi TikTok Affiliate 

Untuk menjadi TikTok Affiliate, anda perlukan: 

  • Umur: Minimum 18 tahun. 
  • Lokasi: Berada di negara yang menyokong TikTok Shop (Malaysia termasuk). 
  • Akaun Aktif: Ada posting dalam 28 hari terakhir. 
  • Followers: Minimum 1,000  
  • Verifikasi Akaun: Nama sebenar & kad pengenalan. 

Langkah-langkah Untuk Menjadi TikTok Affiliate 

  1. Tukar ke Business Account di TikTok. 
  2. Daftar di TikTok Shop Seller Center walaupun anda tidak menjual apa-apa. 
  3. Masuk ke Creator Tools → Affiliate Center → Mohon untuk promosi produk.
  4. Pilih produk usahawan FAMA dari senarai produk yang ada di TikTok Shop. Tekan sini
  5. Buat konten video kreatif yang mempromosikan produk tersebut.
  6. Kongsi di TikTok dan mula kumpul komisen setiap kali ada jualan. 

💡 Tip: Guna teknik konten seperti review, unboxing, resepi menggunakan produk agro, atau video lifestyle yang natural. 

Kempen Buat Duit Tepi ini bukan sekadar peluang untuk tambah pendapatan, tetapi juga platform untuk anda menyokong ekonomi negara. 

📢 Anda nak sertai taklimat dari TikTok? Pendaftaran dibuka sekarang 
Klik link di bawah untuk daftar: 

Mari sama-sama jana pendapatan sambil mengangkat jenama agro halal tempatan ke tahap yang lebih tingg!