Cara Daftar Shopee Affiliate & Jana Pendapatan dengan #BUATDUITTEPI

Bayangkan hobi anda scroll media sosial setiap hari boleh bertukar menjadi sumber pendapatan tambahan.

Melalui kempen #BUATDUITTEPI, hasil kolaborasi FAMA dan HDC, anda berpeluang mempromosikan 100 produk halal pilihan usahawan FAMA di Shopee — sambil meraih komisen setiap kali ada pembelian melalui link unik yang anda kongsi.

Produk-produk ini halal-friendly, berkualiti tinggi, dan berpotensi menembusi pasaran eksport. Anda boleh mempromosikannya di Instagram, TikTok, Facebook, YouTube atau blog, mengikut gaya dan kreativiti anda.

Mengapa Penting Tahu Cara Daftar Shopee Affiliate

Ramai yang berminat menjana pendapatan online tetapi tidak tahu langkah tepat untuk bermula. Dengan memahami cara daftar Shopee Affiliate, anda akan lebih mudah memanfaatkan peluang menjual produk halal, menyokong usahawan tempatan, dan membina sumber income pasif.

Kelebihannya:

  • Pendaftaran Percuma — tiada modal awal
  • Produk Halal & Berkualiti Tinggi — mudah dapat repeat order
  • Sokongan Usahawan Tempatan — bantu naikkan jenama FAMA ke pasaran lebih luas
  • Pendapatan Fleksibel — hasil mengikut usaha & kreativiti anda

Apa Itu Shopee Affiliate (SAP)?

Shopee Affiliate ialah program rasmi Shopee yang membolehkan anda mempromosikan produk atau kedai Shopee menggunakan pautan unik. Setiap pembelian melalui link tersebut akan memberi anda komisen.

Ringkasan cara komisen berfungsi:

  • Last Click 7 Hari — pembeli mesti checkout dalam masa 7 hari selepas klik link anda
  • Commissions XTRA — sesetengah kedai tawarkan komisen tambahan
  • Had Komisen — kadar sosial/creator tertakluk RM10/order (Live hanya untuk Commissions XTRA)

Syarat Ringkas Penyertaan Shopee Affiliate

Sebelum anda mula, pastikan anda memenuhi syarat untuk cara daftar Shopee Affiliate:

  • Akaun media sosial public & disahkan untuk pendaftaran affiliate
  • Salah satu akaun media sosial mestilah mempunyai 1000 followers. Bagaimanapun, jika follower anda tidak mencukupi, Shopee masih galakkan pendaftaran kerana shopee masih boleh pertimbangkan.

Cara Daftar Shopee Affiliate & Mula Jana Komisen

Ikuti panduan ringkas ini untuk mula menjadi Shopee Affiliate dan bersedia mempromosikan produk usahawan FAMA:

  1. Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon “Me” di penjuru kanan bawah.
  2. Cari kotak “Affiliate Program” dan tekan.
  3. Pilih sama ada ingin mendaftar sebagai individu atau syarikat.
  4. Pilih platform promosi yang anda akan gunakan (TikTok, Instagram, YouTube, X, Facebook atau lain-lain) dan pautkan akaun tersebut.
  5. Masukkan nombor telefon dan alamat e-mel anda.
  6. Tandakan kotak pengesahan dan tekan Confirm.
  7. Anda akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran.
  8. Kini anda sah menjadi Shopee Affiliate dan sudah boleh mula menjual.

Langkah Seterusnya:

Apabila anda sudah sedia untuk mempromosikan link affiliate anda. Tekan butang di bawah untuk lihat senarai usahawan FAMA yang mempunyai program affiliate.

  1. Kenal Pasti Produk yang ingin anda jual
  2. Buka aplikasi Shopee di telefon anda.
  3. Pergi ke butang “Me” di penjuru bawah kanan.
  4. Tekan kotak “Affiliate Shopee”.
  5. Anda akan dibawa ke laman carian produk.
  6. Cari produk yang telah anda pilih pada langkah 1.
  7. Tekan butang “Share to Earn”.

💡 Sekarang anda sudah bersedia untuk menjual dan mula menjana komisen!

Kempen Buat Duit Tepi ini bukan sekadar peluang untuk tambah pendapatan, tetapi juga platform untuk anda menyokong ekonomi negara. 

📢 Anda nak sertai taklimat dari Shopee? Pendaftaran dibuka sekarang 
Klik link di bawah untuk daftar: