Agromarketing Masterclass Terus Buka Peluang Baharu Agropreneur Malaysia

Program Agromarketing Masterclass anjuran FAMA dan Halal Development Corporation (HDC) terus menjadi platform utama membantu agropreneur Malaysia mengembangkan pasaran produk agromakanan mereka. Melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun, program ini berjaya memperkukuh keterlihatan jenama serta mengukuhkan jaringan strategik bersama pelbagai rakan industri. Dengan membekalkan bayaran sebanyak RM100, mereka dapat hadiri program bimbingan latihan halal, pemasaran, kelas strategi serta berpeluang untuk menembusi pasaran runcit, dan padanan perniagaan dengan pasaraya.

Sorotan Perjalanan Usahawan Agro dan HDC

  • 250 usahawan agro telah mendaftar untuk menyertai Agromarketing Masterclass HDC Edition.
  • 113 usahawan disahkan layak, termasuk 1 syarikat milik usahawan OKU.
  • 67 usahawan agro telah menghadiri latihan Halal (HIF & MHC) di pejabat HDC
  • 70 syarikat telah melengkapkan profil perniagaan HIP dan penilaian HART.
  • 70 syarikat telah membuat rakaman video promosi, dan video akan di promosikan di Media Sosial HDC dari semasa ke semasa.
  • Peserta turut dijemput ke beberapa sesi business matching, membuka peluang rangkaian dan jualan baharu.
  • 150 sesi business matching telah dijalankan bersama Sunshine Central Mall, BoostOrder, Pasar AI, My RassaLab, KK Mart Supermarket, Emart24 dan KOPETRO.
  • Webinar Retail bersama Lotus Hypermarket dan Sunshine Central Mall memberi pendedahan terus tentang proses membawa produk ke rak pasaraya mereka. Webinar ini turut juga menjemput peserta lain yg berdaftar tapi tidak layak.
  • 2 peserta kini berdaftar sebagai katerer HDC, bukti keberkesanan program dalam membuka laluan sebenar kepada peluang perniagaan.

Aktiviti & Program Eksklusif Agromarketing Masterclass HDC Edition

Sepanjang program Agromarketing Masterclass, setiap peserta mendapat akses eksklusif kepada siri latihan, promosi, dan padanan perniagaan berikut yang direka khas untuk melonjakkan potensi mereka ke pasaran halal:

0️⃣1️⃣Sesi Latihan Halal Industry Fundamental dan Malaysia Halal Certificate

Sesi ini memberi pendedahan mendalam tentang proses pensijilan halal, dokumentasi, dan keperluan piawaian Halal Malaysia. Ia membantu agropreneur bersedia memohon sijil halal dan menambah kredibiliti produk mereka di pasaran.

0️⃣2️⃣ Sesi Latihan Penggunaan Halal Integrated Platform (HIP) dan HIP Plus

Latihan intensif penggunaan platform Halal Integrated Platform (HIP) membantu peserta memahami cara digitalisasi yang dapat membantu memajukan perniagaan mereka. Agromarketing Masterclass terus menekankan kepentingan teknologi dan data dalam strategi pemasaran moden.

0️⃣3️⃣ Sesi Webinar Eksklusif: Strategi Kemasukan Produk ke Pasaran Runcit.

Peserta Agromarketing Masterclass diperkenalkan kepada strategi sebenar untuk menembusi pasaran runcit. Melalui perkongsian bersama pakar industri, agropreneur memahami keperluan pembeli pasaraya dan standard halal yang mesti dipenuhi sebelum produk mereka dipasarkan secara besar-besaran.

0️⃣4️⃣ World Halal Business Conference (WHBC) @ Kuala Lumpur.

Bersempena MIHAS, perjalanan dan pencapaian peserta Agromarketing Masterclass telah dipaparkan di skrin besar semasa World Halal Business Conference (WHBC) di Kuala Lumpur. Tayangan ini memperlihatkan impak positif program terhadap pembangunan agropreneur halal serta menarik perhatian delegasi antarabangsa terhadap potensi besar produk agromakanan Malaysia di pasaran global.

0️⃣5️⃣ MSU Symposium Health Sciences and Global.

Agromarketing Masterclass turut dipromosikan semasa MSU Symposium Health Sciences and Global, di mana bunting dan backdrop rasmi program dipamerkan sepanjang acara berlangsung. Kehadiran jenama ini di platform akademik bertaraf antarabangsa membantu memperkukuh kesedaran terhadap inisiatif HDC dan FAMA dalam membangunkan ekosistem agromakanan halal di Malaysia.

0️⃣6️⃣ Program Halal in One Bersama Alliance Islamic Bank @ HDC, Petaling Jaya.

Sesi ini diadakan di Halal Development Corporation (HDC) sebagai sebahagian daripada kolaborasi strategik bersama Alliance Islamic Bank (AIS) di bawah inisiatif Halal in One (HiO).
Program ini bertujuan:

  • Mengukuhkan peranan Alliance Islamic Bank sebagai rakan kewangan utama dalam ekosistem halal.
  • Mempromosikan Halal in One (HiO) Programme melalui Halal Integrated Platform (HIP).
  • Meningkatkan kesedaran dan penyertaan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) halal melalui siri libat urus nasional, perkongsian kisah kejayaan (HiO Champion Docuseries), dan keterlihatan AIS sebagai HIP Preferred Partner.

Peserta Agromarketing Masterclass turut berpeluang mengikuti sesi business matching dan perkongsian pengalaman usahawan HiO, memberi inspirasi kepada lebih ramai agropreneur untuk meluaskan capaian pasaran halal mereka.

0️⃣7️⃣ Program Halal in One Bersama Alliance Islamic Bank @ Pulau Pinang.

Program diteruskan di Pulau Pinang, menandakan komitmen HDC dan AIS memperluas capaian Halal in One ke peringkat serantau. Sesi ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan Alliance Islamic Bank sebagai rakan kewangan strategik dalam membangunkan ekosistem halal, serta menggalakkan penyertaan lebih banyak PMKS dalam platform HIP.

Aktiviti business matching diadakan yang disertai oleh Sunshine Central Mall dan Boost Order untuk membantu agropreneur berhubung terus dengan pengedar, pembeli, dan rakan industri, seterusnya memperkukuh jaringan perniagaan halal di peringkat negeri.

0️⃣8️⃣ Vendor AgroBazaar @ Menara Affin Bank, TRX.

Salah satu aktiviti menarik di bawah Agromarketing Masterclass ialah penyertaan sebagai vendor di Menara Affin TRX.
Peluang Eksklusif: Booth Vendor Percuma di Menara Affin TRX — sempena Sesi Literasi Kewangan bersama Affin Islamic, sebanyak 18 usahawan terpilih diberi peluang mempamerkan produk secara percuma di Menara Affin, Tingkat 42.

Selain pameran, turut diadakan Sesi Taklimat Celik Kewangan bersama Affin Islamic Bank, di mana peserta memperkukuh ilmu kewangan mereka bersama pakar perbankan Islam. Melalui sesi ini, peserta mempelajari strategi, tip, dan amalan terbaik dalam menguruskan kewangan perniagaan untuk membuat keputusan lebih bijak dan mampan.

0️⃣9️⃣ Sesi Business Matching di Melaka Halal International Festival

Agromarketing Masterclass turut mengambil bahagian dalam Malaysia International Halal Festival (MIHF). Festival ini memberi tumpuan kepada sesi business matching antara usahawan dan pembeli.

Selain itu, sesi ini menghimpunkan enam pembeli utama daripada pelbagai saluran pasaran termasuk pasar raya, platform e-dagang dan pengedar tempatan seperti Sunshine Central Mall, Boost Order, My RassaLab, KK Mart Supermarket, Emart24 dan Pasar AI.

Melalui platform Halal Navigator (HaNa), peserta dibantu untuk mengenal pasti serta berhubung terus dengan booth pembeli berpotensi, sekali gus memudahkan sesi padanan perniagaan di MIHF.

Inisiatif ini memperkukuh peranan Agromarketing Masterclass sebagai jambatan antara agropreneur tempatan dan pasaran halal global, memperluas jaringan serta peluang eksport produk halal Malaysia.

1️⃣0️⃣ Eksposur Jenama Melalui Inisiatif Promosi Agromarketing Masterclass

Melalui penyertaan dalam program ini, jenama dan produk peserta turut diketengahkan menerusi bunting serta backdrop rasmi Agromarketing Masterclass yang dibawa ke pelbagai acara anjuran HDC di seluruh negara. Dalam masa yang sama, syarikat peserta juga disenaraikan dalam Katalog Digital Halal Integrated Platform (HIP) di laman sesawang HIP — sebuah direktori eksklusif yang memperluas capaian pasaran dan memperkukuh kredibiliti perniagaan dalam ekosistem halal.

0️⃣Program Pemadanan Perniagaan melalui Halal Navigator (HaNa)

Melalui sokongan Halal Navigator (HaNa), sistem pintar yang mengumpul peluang dalam talian, memadankan peserta dengan rakan kongsi berpotensi serta menyokong komunikasi dalam 36 bahasa, para usahawan dapat mengakses sesi business matching digital yang mempertemukan mereka dengan pembeli, pengedar dan pemain industri halal yang relevan.

Pendekatan ini membantu peserta memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih berkesan, sekali gus memperluas potensi pasaran di peringkat tempatan dan antarabangsa.

1️⃣0️⃣150 sesi Pemadanan Perniagaan bersama Pembeli

Program ini membuka peluang kepada peserta untuk mengambil bahagian dalam rangkaian lebih 150 sesi padanan perniagaan yang dikendalikan oleh HIP, bagi menghubungkan usahawan secara terus dengan pembeli, pengedar dan pemain utama industri halal.

Peluang tak datang dua kali!

Sertai komuniti usahawan dalam Agromarketing Masterclass HDC Edition — program yang memperkasakan agropreneur dengan ilmu pensijilan halal dan peluang pasaran sebenar melalui HDC.

🔥 Cepat pra-daftar sekarang — kalau lambat, memang melepas!

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung program ini, sila hubungi:

Emel: [email protected] | WhatsApp (Pertanyaan Sahaja): 011-37730594
Waktu Operasi WhatsApp: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang

** Bergantung kepada terma & syarat