Business matching di MIHF 2025

Peluang Business Matching untuk usahawan PKS di MIHF 2025

Adakah anda pemilik produk Halal atau PKS yang mahu mengembangkan perniagaan? Melaka International Halal Festival (MIHF) 2025 pada 16 Oktober ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Selain pameran dan aktiviti utama, MIHF 2025 turut menampilkan sesi tambahan iaitu Business Matching, peluang khas untuk usahawan halal berhubung terus dengan pembeli.

Sesi Business Matching eksklusif yang menanti anda:

KK Mart – Akses ke Rangkaian Serbaneka Seluruh Malaysia

Dengan lebih 600 cawangan di seluruh negara, KK Super Mart membuka peluang besar untuk PKS halal menembusi pasaran runcit. Mereka kini mencari produk ready-to-eat, snek, dan makanan dalam tin.

Sunshine Mall – Peluang Pasar Raya Utara

Sebagai pasar raya terbesar di utara, Sunshine Mall menjadi destinasi membeli-belah ribuan pelanggan setiap hari. Mereka sedang mencari makanan sejuk beku, snek, minuman, dan produk tempatan halal.

Pasar AI – Akses ke Pasaran HORECA

Pasar AI ialah platform teknologi yang menghubungkan pembekal dengan industri hotel, restoran, dan kafe (HORECA). Mereka sedang mencari pembekal (supplier) Halal baharu untuk produk makanan, minuman, dan perkhidmatan F&B.

Emart – Produk Halal dalam Trend K-Food

Dengan populariti fenomena K-Food di Malaysia, Emart tampil sebagai kedai serbaneka gaya Korea yang mencari bahan mentah, snek, minuman, dan pembungkusan makanan.

Kopetro – Produk Halal di Stesen Minyak

Kopetro memberi peluang unik kepada PKS halal untuk menembusi pasaran melalui kedai di rangkaian stesen minyak strategik. Mereka mencari produk makanan Halal yang sesuai untuk letak di petrol stesen.

My Rassalab – Peluang OEM & Produk Penjagaan Diri

Pembekal dan pengeluar OEM yang menawarkan khidmat private label untuk produk skincare, bodycare, haircare, babycare, serta suplemen.

Boostorder – Distribution Channel Solution

Khidmat pembekalan dan rangkaian yang membantu produk PKS menembusi lebih banyak pasaran. Mereka kini sedang mencari produk runcit diedarkan melalui saluran pengedaran yang luas.

Jadual Slot Business Matching

📅 16 Oktober 2025 (Khamis)

  • KK Mart
  • KOPETRO
  • BoostOrder
  • Emart24
  • Sunshine Mall

📅 17 Oktober 2025 (Jumaat)

  • My Rassa Lab
  • Sunshine Mall 

Rebut Peluang Perniagaan Halal di MIHF 2025!

Bagi PKS halal, cabaran utama ialah menembusi pasaran runcit besar. Melalui Business Matching di MIHF 2025, usahawan kecil berpeluang memperkenalkan produk terus kepada pembeli utama. Inilah peluang untuk selaraskan produk dengan permintaan pasaran, kukuhkan jenama, dan tingkatkan keyakinan pelanggan dalam ekosistem Halal yang sedang berkembang pesat.

👉 DAFTAR SEKARANG DI SINI dan pastikan tempat anda dalam sesi business matching ini. Tempat adalah terhad dan persaingan sangat tinggi. Jangan lepaskan peluang ini!