Halal Development Corporation (HDC) kini membuka peluang strategik buat syarikat tempatan yang berada di fasa pertumbuhan pantas untuk menyertai Program Pembangunan Startup Halal. Inisiatif ini dikhususkan bagi Usahawan Scale-Up yang mencatatkan jualan melebihi RM1 juta dalam tempoh operasi 6 bulan hingga 5 tahun.
Program ini bukan sekadar bimbingan, malah merupakan platform pengukuhan kapasiti bagi syarikat yang sudah mempunyai produk siap dan bersedia untuk mendominasi pasaran dengan lebih sistematik menerusi sokongan bernilai RM24,000.
Nilai Sokongan Pembangunan RM24,000
Bukan sekadar latihan, setiap syarikat yang terpilih akan menerima manfaat pembangunan kapasiti bernilai sehingga RM24,000. Fokus program ini adalah untuk merapatkan jurang antara produk yang sedia ada dengan permintaan pasaran antarabangsa yang tinggi menerusi:
- Akses Pasaran & Bengkel Digital Marketing bernilai RM6,000.
- Kempen Pemasaran Media Digital bernilai RM13,000.
- Onboarding ke Platform e-Dagang & Kempen Promosi bernilai RM1,000.
- Bengkel Pendedahan Eksport & Sesi Literasi Kewangan untuk Usahawan bernilai RM3,000.
- Kemahiran & Pematuhan Asas Halal bernilai RM1,000.
Ganjaran untuk 3 Syarikat yang Mencatatkan Hasil Jualan Tertinggi
Sebagai sokongan tambahan kepada syarikat yang menunjukkan prestasi cemerlang, tiga (3) syarikat yang mencatatkan hasil tertinggi pada akhir program ini akan menerima peruntukan sebanyak RM5,000. Dana ini disediakan untuk menampung kos sewaan tapak pameran bagi acara yang disertai syarikat atau acara pilihan HDC, sekaligus memberi peluang kepada anda mempamerkan produk di pentas utama.
Kriteria Kelayakan Utama
Bagi memastikan impak maksimum, kami menyasarkan Usahawan Scale-Up yang memenuhi kriteria berikut:
- Tempoh Operasi: Telah beroperasi antara 6 bulan hingga 5 tahun.
- Prestasi Jualan: Mencatatkan jualan tahunan melebihi RM1 Juta.
- Ketersediaan Produk: Mempunyai produk siap dipasarkan dengan kapasiti pengeluaran yang konsisten.
Slot Terhad adalah TERHAD
Penyertaan dihadkan kepada 50 syarikat sahaja dan pemilihan akan dibuat berdasarkan penilaian teliti pihak penganjur.
Pastikan syarikat anda tidak terlepas peluang ini. Sila daftar segera melalui pautan di bawah:

