Public Islamic Bank Melancarkan Program Halal Engage Bernilai RM1.0 Bilion

Public Islamic Bank Berhad telah mengumumkan pelancaran Program Halal Engage yang komprehensif. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri Halal di Malaysia. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi Halal dengan menawarkan sokongan kewangan dan sumber perniagaan penting kepada peserta tempatan dalam sektor Halal.

Penyelesaian Kewangan Komprehensif untuk Perniagaan Halal

Memandangkan tumpuan terhadap pasaran Halal semakin berkembang, Program Halal Engage menawarkan penyelesaian kewangan untuk memenuhi keperluan perniagaan Halal. Ini termasuk memperoleh premis yang patuh dengan piawaian Halal, pengembangan operasi, mendapatkan modal kerja, dan menyokong peralihan lestari seiring dengan trend industri Halal global.

Kerjasama dengan Halal Development Corporation

Untuk menyediakan penyelesaian yang komprehensif, Public Islamic Bank Berhad bekerjasama dengan Halal Development Corporation Berhad (HDC). Melalui Halal Integrated Platform (HIP), untuk mengembangkan akses pasaran di peringkat global. Selain itu, HDC juga menyokong PKS yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan Halal melalui pelbagai inisiatif dalam ekosistem Halal. Ini termasuk perundingan, khidmat nasihat, dan latihan perindustrian Halal.

Meningkatkan Capaian Pasaran dan Kesedaran

Program ini juga melibatkan kerjasama dengan rakan perniagaan utama. Ini termasuk untuk menganjurkan acara dan inisiatif yang direka untuk industri halal. Program ini sejajar dengan agenda kebangsaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Halal. Di peringkat domestik dan antarabangsa. Inisiatif ini juga bakal menggalakkan inovasi, dan meningkatkan daya saing Malaysia. Terutamanya dalam sektor Halal di peringkat global.

Komitmen terhadap Pertumbuhan Perniagaan Halal

Dengan kerjasama media, Kinihalal, platform yang khusus dalam industri Halal, tentunya akan membantu PKS dalam aktiviti promosi dan publisiti bagi produk dan syarikat mereka. “Kami amat komited dalam menyokong pertumbuhan perniagaan berkaitan Halal, yang penting untuk memacu kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri Halal global. Dengan Program Halal Engage, kami menyasarkan untuk menyediakan platform yang kukuh untuk PKS terus maju, berkembang, dan beralih kepada amalan lestari agar perniagaan mereka berdaya tahan pada masa hadapan. Kami berhasrat untuk meningkatkan portfolio pembiayaan Halal kami sebanyak RM1.0 bilion secara keseluruhan,” kata Encik Syamsul Azuan Ahmad Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Public Islamic Bank Berhad.

Penjajaran Strategik dengan Matlamat Bank

Program Halal Engage sejajar dengan matlamat Bank untuk memajukan industri Halal. Ini dapat memastikan perniagaan bersedia dan disokong untuk jangka panjang. Sambil menyumbang kepada landskap ekonomi Halal negara dan global.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Halal Engage dan cara untuk mengambil bahagian, sila layari laman web Public Islamic Bank atau hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan mereka di [email protected] atau [email protected] .