Kewangan IKS untuk Pensijilan Halal: 4 Sebab Sertai Bengkel BizHalal

Ramai IKS berdepan cabaran bajet dan aliran tunai bila mahu mohon sijil Halal.
Bengkel BizHalal direka untuk membantu anda urus kewangan dengan lebih baik supaya pensijilan Halal menjadi pelaburan yang menguntungkan, bukan beban.

Berikut 4 sebab kenapa anda perlu hadir:

📍Lokasi:
Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah

📅Tarikh |Masa:
23 September 2025 | 10.00AM – 2.00PM

1. Panduan Komprehensif untuk Pensijilan Halal

Peserta akan melihat kes studi sebenar bagaimana BizHalal telah membantu perniagaan lain mendapatkan sijil Halal:

  • Perjalanan mereka dari awal hingga lulus pensijilan
  • Masalah yang dihadapi & bagaimana ia diselesaikan
  • Tip praktikal untuk mempercepatkan proses anda sendiri

2. Strategi Kewangan untuk Hadapi Cabaran

Belajar bagaimana perniagaan boleh mengenalpasti peluang dan ancaman kewangan:

  • Menyediakan bajet khas untuk pensijilan
  • Menangani cabaran modal & cash flow
  • Menggunakan transaksi tanpa tunai untuk operasi lebih lancar

3. Klinik Kewangan One-to-One dengan Banker

Peserta berpeluang bercakap terus dengan pakar kewangan & banker mengenai isu spesifik:

  • Cara memanfaatkan product dan fasiliti perbankan patuh syariah
  • Strategi untuk kukuhkan aliran tunai
  • Jawapan peribadi untuk situasi kewangan anda

4. Program Business Matching

Luaskan pasaran produk anda melalui pertemuan dengan pengedar kedai runcit yang mencari produk baharu. Ini membantu anda bukan sekadar lulus pensijilan, tetapi meningkatkan jualan selepas itu.

Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Program kewangan IKS untuk pensijilan Halal jarang diadakan di luar KL. Jika anda usahawan Kedah, inilah masa untuk ambil tindakan – dapatkan ilmu, nasihat pakar, dan peluang rangkaian dalam satu sesi.

HIP Connect!

Adakah anda telah berdaftar dengan Halal Integrated Platform? Kalau belum, jom join webinar HIP Connect! dan kami akan terangkan kebaikan membuka akaun di platform ini. Kami juga akan tunjukkan cara mudah untuk mencipta akaun anda di HIP. Jangan lengah lagi, daftar di sini

Tengok Galeri Gambar Program BizHalal Di Bangi pada Julai 2025: